Friday, October 2, 2009

Budaya Lepak

Lepak ini tidak sesuai dikatakan sebagai BUDAYA.Budaya ini lebih kepada aktiviti yang diamalkan sejak turun-temurun dengan melibatkan jumlah lebih daripada seorang ataupun lebih dikenali sebagai berkolompok.
Sekitar tahun 1991 hingga tahun 1993, budaya lepak mendapat perhatian masyarakat. Ianya dikatakan menular dikalangan pelajar sekolah dan dipandang serius sehinggakan ada kajian mengenai "budaya lepak" oleh pihak-pihak tertentu.


Antaranya hasil dari kajian [Samsudin, 1993] yang menunjukkan perilaku lepak tidak terhad kepada remaja bersekolah malah lebih menular dalam kalangan yang sudah bekerja. Hasil dari kajian itu juga menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3jam seminggu dan menonjol di kawasan luar bandar 28.4 jam [Felda] dan 22.4jam [kampung tradisional]


Dari apa yang diperhatikan, budaya lepak yang dulunya dikaitkan dengan remaja dan kini mereka telah bergelar dewasa masih wujud. Cuma lepaknya agak berbeza sedikit. Ramai generasi muda yang telah bekerja dan ramai lagi lapisan masyarakat masih kelihatan duduk berjam-jam lamanya dikedai-kedai mamak sehingga lewat pagi. Wujudnya kedai makan 24jam memberi ruang kepada masyarat untuk lepak.


Bagi mereka, melepak ini menenangkan fikiran setelah penat bekerja, peluang bersosial dan bertukar-tukar fikiran. Perkataan "lepak" bukan lagi satu perkataan yang negatif bagi mereka, malah sering digunakan. "Jom lepak Ali Maju malam ni" , "Kau free tak malam ni, jom lepak" " Boring la...best jugak kalau dapat lepak" . Tidak keterlaluan jika saya katakan yang lepak itu adalah satu bentuk riadah bagi sesetengah pihak sekarang ini. Saya menggambarkan kehadiran restoran 24 jam sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru, tempat makan seperti ini telah mengalami evolusinya yang tersendiri.

Kalau yang dewasa melepak, remaja sekarang pula bagaimana? Jawapan dari pemerhatian saya, ialah ya.

Pada hari ini, kita dapat melihat ramai golongan muda seperti pelajar universiti dan remaja bebas keluar sehingga awal pagi. Kita masih dapat melihat remaja berpeleseran di kompleks membeli belah. Tanpa arah tujuan, berkumpul beramai-ramai menghabiskan masa memerhatikan gelagat manusia lain. Ada juga bentuk melepak yang berbeza seperti berkumpul beramai-ramai dan bershuffle dan juga merempit.



Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron. "Kafe francais wujud budaya lepak sihat". Beliau turut membenarkan kafe-kafe francais ini diwujudkan di IPTA. Alasan beliau ialah dengan membawa kafe ini ke IPTA ianya akan lebih terkawal.


Berbalik semula kepada makna melepak. Sekiranya dikaitkan semula dengan maksud melepak, ianya tidak lagi relevan atau telah disalahertikan. Apakah sebenarnya "budaya lepak"? Bila sekumpulan manusia berkumpul dan berada ditempat-tempat awam yang menjadi tumpuan awam tanpa tujuan tertentu atau tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual kosong dan bergelak ketawa sahaja.

Sekarang, setiap generasi muda yang melepak ada tujuan dan alasan mereka. Tujuan mereka ialah untuk berhibur, berkenalan, menenangkan fikiran dan bersuka ria.

Kini wujud pula "Budaya lepak sihat". Adakah ianya bukan lagi satu masalah?

Thursday, October 1, 2009

Definisi Lepak

LEPAK bermaksud aktiviti santai yang membawa kebaikan & keburukan.

Dalam istilah english "LEY PARK" membawa maksud bersandar di taman-taman.